Hal yang sudah terjadi takkan lagi boleh dikembalikan. Rasa sakit, sedih mahupun bahagia pun tak mungkin ia dapat kembali. Tak tahu apa yang saya rasakan saat ini tetapi saya merasa sakit dan gelisah serta detak jantung berdetak lebih cepat dari biasa.
Semua terlihat asing dan baru apabila jantung saya berdetak kencang tetapi saya rasa saya tahu apa yang membuat jantung saya berdetak lebih kencang. Itu kerana dia ialah orang yang tidak boleh membuat saya marah. Dia yang bernama SAHABAT.
Kerinduan saya terhadap SAHABAT yang telah saya tinggalkan begitu terasa. Hidup saya semakin hari semakin kosong dan terasa kosong setiap kali ke mana pun saya berada. Saya ingin kembali bersatu dan kembali bergurau senda dengan mereka namun bukan semua yang dapat di kembalikan dengan mudah.
Fikiran saya semakin hari semakin terasa kosong. Namun saya hanya dapat berkata di dalam hati iaitu "Terima kasih buat sahabat saya. Saya amat merindukan kamu semua".








Tiada ulasan:
Catat Ulasan